Khamis, 26 Januari 2012

RINDUUUUUUU.....

Lama sgt bercuti , dah rindu pulak kat meja keje aku kat SKBK2.... lama2 duk rmh pun bowing gak! if dpt pi bercuti tentu x bowing kaaannnnnn.... heehehehehe....
tuk tatapan korang , ni la meje keje aku kat bilik guru.... : )


during school holiday...
kemas kaaaannnnn......


hah, ambik ko!
ini pulak suasana meja keje aku semasa hari persekolahan.....
bersepah ngan buku2 murid....
bdk2 aku ni bknnya gheti nak ltk elok2.... hampehsss sungguh!

dan ini meja keje aku selepas aku merait semua buku murid2 be4 blk rmh...
aku ngajar sesi pagi but blk rmh kul 5.30 ptg ....
aku mls nak bw blk buku ke rumah so aku kasi settle di sklh jeeee......

Minggu depan dah buka sklh balik.......heppy but bz... anyway, saya suka jd CIKGU ! :D

kisah cuti2...

sobsobsob.... cuti CNY ni aku n ank2 x pi mn2... duk kat rmh jeeee.... sedih wooooo.. :(
nak buat camno , cik hubby ku keje di hr CNY coz org Japan mai sini.... mmmmm... redho je leee...
apa2 pun aku nak storimori gak pasal cuti2 ni w/pun dah lamaaaaaaaaa dah pun... tp ada aku kesah! hahahaha.... aku punya blog aku punya suke... ^.^

ok... kita teruskan ....1st cuti2 di PD pd 5-6 disember 2011 @ Tiara Beach resort...
kat sini mmg best sgt ! ank2 lg le enjoy x hengat! puas bermandi manda sampai lembam.... itu pun ank2 aku x puas gak... duk ajak pi lagi! yolah2, nanti kita dtg lg yeeee.... korang bisik2 le kat telinga ayahanda korang yeee... bonda ok je if ayahanda kuar ongkosnye...hehehehe...
oklah malas nak tulis byk2 , korang tgk je le gambor2 di bwh ni... : )











2nd cuti2 pulak kat pusat sains negara , kalau x silap masa cuti thn baru 2012.... boring duk kat rmh so cik hubby ajak pi PSN ni.... so apa lg siap laju2 le... maklum le ada org nak belanja kaaaannnnnn.... : )... korang layan je le gmbr2 kat bwnh ni ye... aura malas nak storimori sdh mariiiiii.... so layaaaannnnnzzzzzzz ........











akhir sekali : ank2 ceria, ayahanda n bonda gembira ! :D

love u all..... muaaahhhhhssssss

Hampeeeehhhhhhhhhh !!!!

Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Thursday, January 26, 2012 12:30


Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato' / Tuan / Puan

Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti.

Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta.
( Cek dan juga EFT)

Sehingga kini, lain-lain perubahan LPC hendaklah menggunapakai skim SSM.

Sekian, untuk makluman dan tindakan segera YBhg. Dato'/Tuan/Puan.

Terima kasih.

Wassalam.